Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Salah seekor monyet muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut. Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu. Simonyet muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal.
Seekor monyet tua menasihati monyet muda itu: “Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!” Tapi monyet muda itu tidak mengendahkan nasihat itu, tetap Berkeras menggenggam kacang yang jadi punca masalah. Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu.
Si monyet tua memberikan nasihat sekali lagi:
“Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!” Walau dalam ketakutan si monyet muda itu tetap tamakkan kacang. Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu.
Moral dari cerita monyet ini :
Kadangkala kita asyik mengenggam dan tidak mahu melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan. Ini berkaitan dengan semua hal seperti kuasa, kemarahan, kebencian, kasih sayang, iri hati, tamak dan sebagainya. Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka ‘kematian’ datang ‘menangkap’ kita. Di kala itu semuanya sudah terlambat.
Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana? Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain? Semua masalah boleh diselesaikan dengan tenang dan teratur dan menggembirakan semua insan!
Telah Bersabda Nabi SAW :
Yang bermaksud: “Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah…Akal, Agama, Malu dan Amal Soleh. Maka….
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Semoga Allah merahmati kita semua.
INGIN JOIN EXTREMEMAN DAFTAR DI SINI