Posted by: extrememan2 | July 25, 2008

Perjuangan ku…………….

Actually, ada diantara kita pernah membaca kisah Loqman Al-Hakim dengan anak belilau. Saya ni sekadar mengulang-ulang agar dapat dijadikan pedoman.

Alkisah …

Loqman Al-hakim pada satu masa bermusafir melalui banyak kampung dengan untanya…

Lalu masuk ke kampung yg pertama…dia dengan berjalan kaki sambil menarik unta yang anaknya ada di atas unta itu, lalu org kampung tersebut berkata … apa punya anak tak kesian langsung kat ayah yang tua tu … bagi la ayah tu naik …

Masuk kampung yg kedua, kali ini anak pula di bawah sambil menarik tali unta yang Loqman Al-Hakim duduk di atas belakang unta tersebut, lalu berkata orang kampung … apa punya orang tua, tak kesian langsung kat budak kecil yg tengah tarik tali unta tu … bagi la dia naik atas, yang kamu dah tua … berjalan saja la …

Lalu masuk ke kampung yg ketiga. Kali ini kedua-dua mereka berjalan kaki sambil menarik unta tersebut … lalu berkata orang kampung … apa punya tak cerdik korang ni … kan ada unta … naik la …

Perhatikan kisah di atas.

Apa yang dilakukan oleh dua beranak tadi serba tak kena.

***Kesimpulan***

Jangan peduli kata-kata orang .. kita patut jadi apa yang kita nak jadi …

Walau bagaimanapun, sekiranya kata-kata itu baik dan positif, kita patut terima sebagai nasihat serta jadikan panduan hidup. Sebaliknya, sekiranya kata-kata yang negatif, kita patut flush dalam lubang tandas.

IF YOU BELIEVE YOU WILL ACHIEVE.
SALAM KEJAYAAN DAN SALAM KECERIAAN DARI SAYA,

INGIN JOIN GROUP USAHAWANHEBAT DAFTAR DI SINI


Leave a response

Your response:

Categories