السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Impian akan menjadi pendorong @ penggamit semangat untuk berusaha gigih bagi mengejar dan menggapainya.Berbagai-bagai impian yang muluk dapat disetkan di dalam minda,didokumentasikan lalu dilekatkan di dinding atau pun diatas meja kerja.
Itulah impian @ target perjuangan hidup kita suatu hari nanti.Bila impian itu dapat dicapai – ertinya kita telah berjaya dalam kehidupan ini.Lalu setakat itu sajakah???
Kejayaan tidak akan digapai tanpa usaha.Usaha bererti tindakan.Hanya statik tidak berbuat apa-apa,kejayaan tak akan muncul tiba.Yang bulat tak akan datang bergolek,yang pipih tak akan datang melayang.Kita kena bertindak,kita kena berbuat sesuatu barulah akan ada hasilnya seimbang dengan perbuatan kita itu.
Apa yang nak kita lakukan sebagai tindakan kita itu?
Seperti mana kita nak ke Kuala Lumpur – kita kena ada kenderaan,ada wang petrol dan peta jalan ke sana.Begitu jugalah perjalanan kita ke matlamat impian kita perlu ada persediaan dan perancangan step by step.Hari ni nak buat apa,esok nak buat apa pula,lusa,tulat,minggu depan,bulan depan,tahun depan dan seterusnya apa-apa lagi yang kena kita buat supaya hala pergerakan kita semakin menghampiri titik matlamat capaian impian.
Paling utamanya ialah persediaan mental kita.Bila kita telah membina impian dan menceburi bisnes (apa-apa pun bisnes) mentality kita wajib kena berubah kerana ketika ini kita telah berada di suatu medan perjuangan yang menagihkan iltizam kita jika kita ingin menjadi usahawan yang berjaya.
Mentality dulu dan kini dah tak boleh sama.Sikap dan amalan negetif mesti dibuang jauh-jauh kerana kini kita kena menjadi orang baru, mentality baru,bersemangat baru yang serba serbi positif then barulah kita menjadi siap siaga untuk masuk ke gelanggang bisnes dan berjuang terus berjuang sehingga menggapai puncak kejayaan.
Semuanya yang positif itu hanya dapat dimiliki dalam diri hanya jika kita berjaya mendisiplinkan diri.Meninggalkan segala amalan dan sikap negetif seperti membuang masa,sikap sambil lewa,mudah mengalah,berpandangan serong berubah kepada sikap baru yang menghargai masa,memanfaatkan masa,memandang ke hadapan dengan sudut penilaian positif lalu yakin menerima dan menghadapi cabaran dan ujian yang mendatang.
Sememangnya mendisiplinkan diri sendiri dengan nilai-nilai positif bukanlah semudah yang dicakapkan kerana meninggalkan amalan-amalan yang selama ini telah mangli di dalam diri lalu melaksanakan sesuatu yang baru yang berpusing 360 darjah adalah menyakitkan.
Di sinilah berlaku tuntutan pengorbanan.Setakat mana kita mahu dan mampu berkorban akan menentukan tahap @ nilai kejayaan kita.Besar pengorbanan kita besarlah kejayaan kita.
Jika kita sayang untuk tinggalkan skrin tv pada malam hari untuk mengadap pula skrin komputer membuat promosi di internet – makanya bisnes kita akan down.Jika kita melayari internet tetapi lebih suka membaca blog-blog `reformasi politik’ dari mencari blog-blog atau website yang boleh diselitkan promosi bisnes kita – maka begitulah waktu-waktu malam kita berlalu hari demi hari dan bisnes kita akan semakin malap.
Sememangnya mendisiplinkan diri bukanlah mudan NAMUN ianya bukanlah mustahil sebab ada orang lain yang dapat berbuat begitu.Mereka-mereka itulah yang kini telah berjaya dalam bisnes ini.Berjaya menjadi JUTAWAN lalu marilah kita menduplikasikan mereka.
Mereka juga manusia macam kita.Manusia biasa macam kita juga.Cuma mentality mereka saja yang luarbiasa.Lalu marilah kita,saat ini,malam ini mencabar diri kita untuk bermentality luarbiasa seperti mereka.
Boleh tak ???
Yakin boleh pasti boleh !!!
untuk join group usahawanhebat sila daftar percuma di http://www.usahawanhebat.com/